Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan persahabatan Brunei Stingers, SEHEBAT

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Pasukan hoki wanita kebangsaan Brunei Darussalam menganjurkan perlawanan persahabatan menentang pasukan dari sekolah Johor, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT) Batu Pahat, Johor di Pusat Hoki Kebangsaan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Siri persahabatan yang diadakan selama empat hari ini, yang bermula pada Isnin lepas menyaksikan pasukan Brunei yang juga dikenali sebagai Stingers, berdepan dengan pemain muda berusia antara 14 dan 17 tahun.

    Pasukan hoki wanita kebangsaan, baru-baru ini kembali ke persada antarabangsa selepas dua tahun dengan perlawanan ujian menentang Singapura awal bulan ini, membuat penampilan kedua mereka tahun ini, manakala pasukan SEHEBAT bermain perlawanan pertama mereka tahun ini.

    “Siri persahabatan menentang Stingers itu bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah untuk kemahiran dan kerja berpasukan mereka dalam kumpulan,” kata pengurus pasukan SEHEBAT, Shahrizan Shamsuddin. Pertandingan pendedahan Brunei menandakan kali pertama pasukan dari Johor itu diuji, meletakkan penekanan kepada pemain muda yang membuat langkah-langkah dari peringkat rendah ke peringkat menengah.

    “Ini kali pertama terutamanya kanak-kanak berumur 14 tahun untuk belajar tentang peraturan, kemahiran dan cara bermain hoki,” tambahnya.

    “Seorang guru kami, Rohila mempunyai kawan daripada persatuan hoki di Brunei. Kami berhubung dengan mereka untuk menganjurkan perlawanan persahabatan di Brunei. Kami juga tahu pasukan Brunei Stingers.”

    Pasukan hoki wanita di SEHEBAT pertama kali ditubuhkan pada tahun 2011.

    Sesi bergambar ramai di antara Brunei Stingers dan SEHEBAT ketika siri perlawanan persahabatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda