Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan persahabatan erat silaturahim

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Perlawanan persahabatan pasukan bola sepak di antara Pasukan Kobe FC dan Labuan Legend yang terdiri daripada belia tempatan dan pemain veteran telah memeriahkan suasana Padang Sintetik Labuan, kelmarin.

    Perlawanan yang hebat itu telah dimenangi oleh Pasukan Kobe FC dalam jersi hijau dengan jaringan 3-2. Jaringan Pasukan Kobe FC dihasilkan oleh Abdul Adib bin Abdul Khani manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Mohammad Khamarull Harzazey bin Rosle.

    Dalam perkongsian kepada Media Permata, Penolong Pengurus Pasukan Kobe FC, Kamaluddin bin Abdullah antaranya menyatakan bahawa Pasukan Kobe FC ditubuhkan pada tahun 2022 dan perlawanan persahabatan sebegini julung kali diadakan di luar negara bagi pasukan tersebut.

    Sementara itu, Ketua Pasukan Kobe FC, Abdul Adib, turut menambah menerusi perlawanan berkenaan, kedua-dua buah pasukan dapat belajar meningkatkan gaya hidup sihat dan mengeratkan tali silaturahim antara Brunei dengan Labuan melalui aktiviti sukan.

    Jelasnya lagi, pasukannya akan mengadakan lagi perlawanan persahabatan yang akan berlangusng di Thailand dan Singapura. Dalam pada itu, pasukan berkenaan juga membuat persiapan untuk perlawanan persahabatan dengan beberapa buah pasukan di negara ini.

    Abdul Adib juga menaruh harapan tulus agar banyak lagi pasukan di negara ini akan melangkah ke hadapan dengan lebih aktif mengadakan perlawanan persahabatan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

    Pasukan Kobe FC dan Labuan Legend bergambar ramai semasa perlawanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN KOBE FC

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda