BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Satu perlawanan bola sepak persahabatan telah berlangsung antara pasukan PKS FT dari Sarawak, Malaysia menentang Samut FT dari Brunei di Padang Universiti, Curtin University, Miri, Sarawak.
Perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan.