BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan 3N menentang Pasukan COT Parents FF telah berlangsung di Padang Bola Sepak RBTS Paintball Arena, Jerudong baru-baru ini.
Perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pemain selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan.
