Satu perlawanan persahabatan diadakan antara pasukan PBT Harmoni Brunei yang diketuai oleh Awang Abas bin Tanjong dengan Pasukan Penjara Miri, Sarawak yang diketuai oleh Penguasa Penjara Miri, Shamlin bin Mohd Tuali pada 24 Mei di Dewan Badminton EJ Sport, Miri Sarawak.
Kunjungan PBT Harmoni bertujuan mengeratkan persahabatan dan silaturahim antara pemain daripada kedua-dua pasukan.
