BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Dengan objektif untuk mendedahkan pemain muda bermain futsal sekali gus menzahirkan potensi mereka, Akademi Futsal Al-Mujaahidun baru-baru ini telah menganjurkan perlawanan persahabatan dengan Pusat Latihan (COT) Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK).
Perlawanan persahabatan itu telah diadakan di Padang Rumput, Universiti Brunei Darussalam. Pasukan Al-Mujaahidun terdiri daripada enam pasukan yang mana empat pasukan merupakan pemain di bawah umur 12 tahun dan dua pasukan adalah pemain di bawah 10 tahun.
Selain menonjolkan potensi pemain dalam bermain futsal, akademi tersebut juga berhasrat untuk memupuk generasi pemain bola sepak Muslim yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.