Oleh Ahmad Ajeeb
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Pasukan X.BES Reunited yang terdiri daripada bekas penuntut Sekolah Menengah Berakas (1980-1990) telah mengadakan aksi persahabatan menentang Pasukan JKR Air Tasek Lama di Padang Kompleks Sukan Menglait, baru-baru ini.
Dalam Perlawanan tersebut, Pasukan JKR Air Tasek Lama telah berjaya menewaskan X.BES Reunited dengan jaringan 2-1, dan ianya turut berperanan untuk mempromosikan sikap saling hormat menghormati dan juga semangat setia kawan antara kedua buah pasukan.
Perlawanan itu adalah salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar sekolah berkenaan dengan pihak Perkhidmatan Awam, khususnya Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air di Tasek Lama dan menjadi wadah amalan gaya hidup sihat selaras dengan visi serta misi negara dalam melahirkan masyarakat sihat.