Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Lebih 30 orang telah menyertai cabaran sukan pingpong dalam perlawanan persahabatan antara pemain-pemain pingpong yang diadakan di Dewan Serbaguna Menglait baru-baru ini.
Perlawanan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan peminat pingpong pada sebelah pagi dan kumpulan peminat pingpong pada sebelah petang.
Dalam perlawanan itu, kumpulan peminat petang berjaya memenangi 18 perlawanan, manakala kumpulan pagi hanya memenangi 12 perlawanan.
Tujuan utama perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peminat sukan pingpong di negara ini.
Sukan itu juga dijadikan sebagai hobi waktu lapang, di samping meningkatkan kecergasan jasmani, fizikal dan mental peserta.
Perlawanan pingpong persahabatan tersebut turut disertai oleh beberapa ahli Jawatankuasa Persatuan Pingpong Brunei Darussalam.
