Thursday, April 17, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan persahabatan United di M’sia, Hong Kong Mei ini

    HONG KONG, 8 APRIL – Manchester United akan mengadakan perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong tiga hari selepas musim Liga Perdana Inggeris berakhir, menurut kenyataan kelab itu pada Selasa.

    Pasukan kendalian Ruben Amorim akan menentang pasukan ASEAN All-Star XI di Kuala Lumpur pada 28 Mei dan pasukan wakil Hong Kong pada 30 Mei.

    United akan menamatkan satu lagi musim Liga Perdana Inggeris yang mengecewakan pada 25 Mei menentang Aston Villa di tempat sendiri.

    Kali terakhir mereka melawat Asia adalah ketika menentang Liverpool di Thailand pada Julai 2022.

    Mereka juga akan menyertai Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris (Premier League Summer Series) di Amerika Syarikat sebagai persiapan menjelang musim 2025–2026.

    Ketua eksekutif, Omar Berrada berkata, “Yang penting, perlawanan jelajah ini menjana pendapatan tambahan yang besar dan membantu mengukuhkan kelab, membolehkan kami terus melabur demi kejayaan di atas padang.”

    Arsenal, Tottenham dan Liverpool sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengunjungi Hong Kong pada Julai.

    United, yang kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris, kali terakhir melawat bandar raya China itu pada tahun 2013.

    Pasukan Hong Kong dikendalikan oleh bekas pemain remaja United, Ashley Westwood dan kini berada di kedudukan ke-153 dunia. – AFP

    Manchester United akan menentang pasukan ASEAN All-Star XI di Kuala Lumpur pada 28 Mei dan pasukan wakil Hong Kong pada 30 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda