Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI -Perlawanan persahabatan antara pasukan sepak takraw Bukit Beruang dengan pasukan sepak takraw Kampung Lugu telah diadakan di gelanggang sepak takraw Kampung Lugu baru-baru ini.
Dalam perlawanan berkenaan, empat pasukan yang diwakili oleh pemain remaja berumur 18 tahun, lapan pasukan dewasa dan juga pemain-pemain dari pasukan sepak takraw Brunei Legacy telah turut serta.
Tujuan perlawanan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pasukan di samping meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta seterusnya memberi pendedahan dan pengalaman serta menguji tahap kemahiran dan strategi permainan setiap pasukan.
Sebelum itu, Pasukan Sepak Takraw Kampung Lugu telah bertandang ke gelanggang sepak takraw Bukit Beruang untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah kekeluargaan dan setia kawan di samping mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan bersukan.
