Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan Sepanyol, Kosovo dibayangi pertikaian politik

    MADRID, 30 MAC – Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Sepanyol menentang Kosovo akan menjadi lebih dari sekadar perlawanan bola sepak di Seville dan turut menjadi tumpuan perbalahan diplomatik.

    Kontroversi berpunca dari deskripsi Kosovo sebagai ‘wilayah’ oleh Persekutuan Bola sepak Sepanyol (RFEF) apabila ia menerbitkan jadual perlawanan dalam kumpulan mengandungi Sweden, Greece dan Georgia.

    Penerangan tersebut kurang disenangi di Kosovo, bekas wilayah Serbia dengan penduduk berjumlah 1.8 juta orang yang mengumumkan kemerdekaan pada 2008.

    Sebagai respons, Kesatuan Bola sepak Kosovo (FFK) berkata ‘Kosovo adalah negara merdeka’ dan mengancam untuk tidak bermain dalam perlawanan jika tidak dibenarkan menggunakan menggunakan lagu kebangsaan serta bendera.

    “Kami bersedia untuk tidak pergi ke Sepanyol disebabkan konteks politik dan keputusan,” beritahu setiausaha agung FFK, Eroll Salihu kepada AFP.

    Kosovo diberikan keahlian secara penuh oleh FEA dan FIFA 2916 serta penampilan sulung dalam kejohanan kompetitif. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda