Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan terakhir kelab bola sepak tertua Austria

    VIENNA – “Vienna sampai saya mati!” kata peminat-peminat kelab bola sepak tertua di Austria iaitu First Vienna FC 1894 semasa satu perlawanan baru-baru ini.

    Tetapi sementara ratusan penyokong setia pasukan itu memberi sokongan sepanjang minggu itu, namun kini mereka akan pasrah apabila stadium terbesar Eropah pada suatu ketika dahulu akan senyap dan sunyi selama-lamanya.

    Pada bulan Mac yang lalu, kelab berusia 123 tahun itu, yang pernah berada di bawah pemerintahan Nazi telah membenarkan untuk menyimpan nama Inggerisnya ‘Vienna’, itu diisytiharkan muflis dan cuba untuk memuktamadkannya dengan pelan yang lain.

    Para pemain tidak dibayar sejak Disember lalu dan kesusutan ekonomi telah memberi kesan kepada liga tiga Austria, Austrian Regional League East, dan mencari penaja-penaja adalah sukar buat mereka.

    “Jika semuanya berakhir, ia akan mengakhiri era tersebut,” keluh Robert Haidinger, ketua kelab penyokong kelab tersebut.

    Suasana di stadium First Vienna Football Club 1894 di Hohe Warte, Vienna. – AFP
    Suasana di stadium First Vienna Football Club 1894 di Hohe Warte, Vienna. – AFP
    Para peminat dan penyokong dari pasukan First Vienna Football Club 1894 bersorak semasa perlawanan League East menentang pasukan Parndorf di Vienna di Stadium Hohe Warte. – AFP
    Para peminat dan penyokong dari pasukan First Vienna Football Club 1894 bersorak semasa perlawanan League East menentang pasukan Parndorf di Vienna di Stadium Hohe Warte. – AFP

    “Sekeping sejarah masyarakat Viennese akan hilang,” katanya kepada AFP.

    Seperti di tempat lain di Eropah dan seterusnya pada abad ke-19, pendatang British adalah pendorong utama dalam kelahiran bola sepak Austria.

    ‘Vienna’ telah ditubuhkan di sebuah pub pada tahun 1894 oleh tukang kebun British bersama-sama dengan penduduk tempatan.

    Kelab itu telah menjadi tumpuan secara mendadak oleh kesemua masyarakat Austria dengan mempunyai logo tiga kaki, Triskelion, dan ia masih kekal sebagai penghormatan kepada tanah air bagi salah seorang pengasas, William Beale dari Isle of Man. Sehingga hari ini, kebanyakan sorakan adalah berbahasa Inggeris. “Hey ho, mari kita berjuang,” semasa pemain-pemain keluar ke padang untuk beraksi.

    “Dengan mendengar sorakan kuat dari orang ramai seperti ‘Ayuh Vienna’, benar-benar memberi anda seram sejuk,” kata Josef Keglevic, seorang penyokong setia sejak dari dahulu lagi. ‘Vienna’ pernah menjadi sebuah pasukan yang digeruni, bukan sahaja dalam bola sepak tempatan bahkan juga antarabangsa. Di Sepanyol pada tahun 1925, mereka telah membelasah Barcelona dengan jaringan 4-1.

    Stadium Hohe Warte mereka, iaitu stadium yang terbesar di Eropah di luar Britain, apabila ianya dibuka pada tahun 1921, pernah menjadi rumah kepada kumpulan legenda negara Austria iaitu ‘Wunderteam’.

    Sebanyak 85,000 penyokong menonton jurulatih Hugo Meisl – memintas bintang-bintang baru dan menewaskan pasukan-pasukan ‘pilihan’ bagi Piala Dunia 1934 – dan pernah menentang Itali pada tahun 1923. Apabila Hitler, tidak meminati bola sepak, telah menambah penduduk asli Austria itu ke Third Reich pada tahun 1938, di mana kebanyakan pemain-pemain dan petugas-petugas Yahudi dalam kelab tersebut telah dikeluarkan dengan segera.

    Rudolf Spitzer, yang mengambil bahagian dalam perlawanan rasmi pertama kelab tersebut pada tahun 1894, adalah salah seorang dari beberapa yang lainnya dalam kelab itu telah dibunuh di Holocaust. Namun dari pandangan sudut kesukanan pada zaman era Nazi, kumpulan Vienna telah menunjukkan prestasi yang baik dan lancar.

    Pada tahun 1943, mereka telah memenangi Piala Tschammerpokal di stadium ‘Adolf-Hitler-Kampfbahn’ di Stuttgart.

    “Ia adalah salah satu pasukan yang paling berjaya dalam era Perang Dunia II,” kata ahli sejarah Alexander Juraske, pengarang sebuah buku mengenai sejarah kelab itu, kepada AFP.

    Aksi Ali Sahintuerk (kiri) dari pasukan First Vienna Football Club 1894 cuba mengawal bola semasa liga serantau League East semasa menentang pasukan Pandorf di stadium Hohe Warte. – AFP
    Aksi Ali Sahintuerk (kiri) dari pasukan First Vienna Football Club 1894 cuba mengawal bola semasa liga serantau League East semasa menentang pasukan Pandorf di stadium Hohe Warte. – AFP
    Gerhard Kirsch, pengarah urusan bagi pasukan First Vienna Football Club 1894. – AFP
    Gerhard Kirsch, pengarah urusan bagi pasukan First Vienna Football Club 1894. – AFP

    Selepas tahun 1945, apabila Austria telah ditubuhkan semula dan kembali kepada kehidupan biasa, kelab tersebut kekal paling berjaya dan pada tahun 1955, mereka telah menjuarai Kejohanan Austria buat kali ke-enam, dan kini ia telah sampai ke penghujungnya. Berhadapan dengan rentak permainan yang suram dan penurunan pada beberapa dekad ini dan pada tahun 1992, pasukan tersebut telah terkeluar dari liga utama Bundesliga buat kali terakhir.

    “Kelab ini juga membuat banyak kesilapan,” kata Juraske. “Dari segi kewangan, ia telah berbelanja dari jangkauan kemampuan mereka.”

    Ketua Eksekutif Gerhard Krisch sedang cuba untuk mengurangkan bajet perbelanjaan sebanyak 700,000 euro – satu pertiga daripada kos nilai kelab itu – tetapi menghadapi masalah yang besar untuk menyelamatkan sebuah pasukan yang bersejarah dalam dunia sukan.

    Pengawalannya adalah hanya untuk membenarkan penggunaan stadium itu – kini sebuah ’arena semula jadi’ – yang mampu menampung 5,500 orang , dengan mengadakan acara-acara seperti konsert untuk menampung kewangan yang ada.

    Dan di negara Alpine yang kecil ini, hanya kelab-kelab besar seperti Red Bull Salzburg boleh menjana kewangan, mengisi stadium mereka dengan 15,000-20,000 orang peminat.

    “Kesemua yang ada mempunyai masalah, termasuk dalam Bundesliga, dengan hanya mempunyai kurang 2,000-3,000 penyokong. Itu tidak cukup untuk menjalankan ekonomi sesebuah kelab itu,” kata Krisch kepada AFP.

    Tetapi Josef Keglevic, seorang penyokong sejak beliau berusia enam tahun, berkata pasukan ‘Vienna’ masih mempunyai sesuatu yang istimewa.

    “Kelab-kelab seperti Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich … tidak ada unsur-unsur kemanusiaan lagi. Terdapat adanya penyokong dan anda sebagai bilangan sahaja, kata seorang penjana pendapatan, katanya.

    “Tetapi di sini ada sesuatu, perasaan … ya, sebuah jiwa.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda