Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perlis United pasang ‘angan-angan’ ke Liga Perdana

    KANGAR, 7 JAN – Setelah tiga tahun menyepi, skuad baharu Singa Utara memasang angan-angan untuk beraksi semula di Liga Perdana pada musim hadapan.

    Peneraju baharu Perlis United Football Club (PUFC), Azizul Abidin berkata PUFC optimis dengan kemampuan pasukan kendalianya, yang akan mula beraksi dalam Liga Malaysia Divisyen 3 (M3) pada bulan Februari ini.

    “Kita akan mengekalkan sebahagian pemain lama di sam-ping itu terus mencari muka baharu sebelum memulakan perlawanan sulung yang dijadualkan bermula pada 11 Februari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Azizul yang mula diberikan kepercayaan untuk mengemudi skuad Singa Utara pada Sabtu lalu (1 Januari) berkata anak didiknya telah mula menjalani latihan pertama pada Selasa (4 Januari).

    “Dah nama pun Perlis United, saya harap kekuatan pasukan kita terletak pada semangat ‘unity’ (kerjasama dalam pasukan) dan itulah menjadi harapan bagi saya dan pasukan,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai strategi perlawanan, Azizul berkata seperti pasukan lain fokus utama pasukan adalah untuk mengumpul mata sejak awal perlawanan lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...