Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa stok bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah kini di tahap yang paling rendah dan memerlukan semua jenis darah dengan segera. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, kementerian menyatakan bahawa ramai pesakit di semua hospital kerajaan, termasuk Pusat Pengasingan Kebangsaan,