Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlu bina lebih banyak tandas awam

    Pemandangan kereta beratur panjang selama berjam-jam di sempadan adalah perkara yang sering kita lihat terutama semasa hari kelepasan awam.

    Ketika saya terperangkap di kesesakan tersebut, saya perhatikan ramai yang menunggu giliran untuk menggunakan tandas yang disediakan di pos kawalan.

    Hal ini membuat saya berfikir bahawa terdapatnya keperluan untuk membina atau meluaskan tandas yang sedia ada bagi memenuhi keperluan orang ramai, ini kerana pada masa ini jumlah tandas yang disediakan adalah sangat terhad.

    Seperti mana yang kita tahu, pos kawalan adalah tempat persinggahan pertama oleh pengunjung yang memasuki negara.

    Kemudahan yang baik, termasuk tandas yang mencukupi, boleh memberikan gambaran yang positif tentang pengurusan dan hospitaliti negara.

    Foto Canva

    Saya percaya sudah tiba masanya pihak berkuasa mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak tandas di pos kawalan bagi memenuhi keperluan para pelancong yang kerap merentas sempadan untuk meningkatkan keselesaan, kebersihan dan kepuasan pengguna.

    Dari segi penyelengaraan, saya berpendapat bahawa orang ramai tidak akan keberatan untuk membayar contohnya $1 untuk menggunakan tandas sekiranya kebersihan dan keselesaan tandas terjamin.

    Namun tanggungjawab menjaga kebersihan ini juga perlu dikongsi oleh semua pengguna dan saya berharap orang ramai yang menggunakan tandas di pos kawalan agar sentiasa menjaga kebersihan tandas tersebut.

    Janganlah ‘membuang’ dengan sewenang-wenangnya dan selepas itu tidak menggunakan flush.

    Ini akan menyebabkan tandas menjadi kotor boleh menyebarkan penyakit dan menyebabkan masalah kesihatan.

    Haji Kassim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda