SEREMBAN, 28 JUN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan supaya mempelajari teknologi baharu ‘Building Information Modelling’ (BIM).
Menurut beliau, teknologi BIM ini mampu mengurangkan kos setiap projek pembinaan di samping memberi satu keputusan pembinaan yang lebih tepat seperti yang diharapkan oleh klien. – Bernama