Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlu perkukuh kerjasama dengan komuniti tempatan

    SINGAPURA, 23 OGOS – ASEAN mesti memperdalam kerjasama dengan komuniti tempatan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk memanfaatkan kepakaran mereka dalam memperkasakan komuniti dan mempromosikan penyelesaian bencana yang diterajui komuniti, kata setiausaha agungnya Dr Kao Kim Hourn.

    “Sehubungan itu, menghidupkan semula Rangka Kerja Perkongsian Jawatankuasa Pengurusan Bencana ASEAN (ACDM)-CSO (ACPF) adalah perlu untuk mengukuhkan perkongsian penting ini,” katanya pada sesi pembukaan Dialog Dasar Strategik ASEAN mengenai Pengurusan Bencana (SPDDM) 2024, di sini hari ini.

    Teks ucapan beliau boleh didapati di laman web ASEAN.

    Kao mencadangkan tindakan itu kerana ASEAN menghadapi landskap risiko bencana yang kompleks di tengah-tengah cabaran alam sekitar yang sedia ada dan yang baru muncul yang mengancam untuk mengundurkan kemajuan pembangunan yang dicapai di kawasan itu.

    Beliau berkata realiti yang mencabar ini memaksa badan serantau itu untuk mengguna pakai pendekatan pelbagai rupa dan memperhebatkan komitmennya untuk memupuk Komuniti ASEAN yang berdaya tahan dan inklusif. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 25 Julai 2024 menunjukkan keadaan jalan raya selepas kejadian banjir di bandar Marikina, Filipina. ASEAN mesti memperdalam kerjasama dengan komuniti tempatan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil untuk memanfaatkan kepakaran mereka dalam memperkasakan komuniti dan mempromosikan penyelesaian bencana yang diterajui komuniti. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda