Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perluas industri umrah, haji menerusi perjanjian

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan sebuah syarikat tempatan iaitu Bani Enterprise untuk menjalankan pakej umrah dan haji serta pelancongan Islam. 
     
    Majlis penandatanganan telah diadakan kelmarin Ibu Pejabat PGGMB di ibu negara di mana hadir bagi menandatangani bagi pihak PGGMB ialah Yang Dipertua, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, menakala itu, Bani Enterprise diwakili oleh Pengurus, Haji Roslan bin Haji Bongso. 
     
    Dengan perjanjian berkenaan, PGGMB berhasrat untuk memperluaskan industri umrah dan haji seperti yang telah diusahakan oleh persekutuan tersebut pada tahun-tahun sebelumnya.
     
    Majlis pendatanganan berkenaan telah disaksikan oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PGGMB dan pegawai-pegawai serta ahli-ahli Bani Enterprise.
     
    Wakil PGGMB dan Bani Enterprise semasa menandatangani perjanjian tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...