Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlumbaan bot laju hujung minggu ini

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Ahli-ahli jawatankuasa Bot Laju mengadakan sidang mesyuarat hari ini mengenai acara perlumbaan bot laju sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun dan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta tahun 2017.

    Perlumbaan nanti akan berlangsung pada hujung minggu ini di Kompleks Sukan Air Serasa bermula pada jam 8 pagi sehingga selesai dan diikuti dengan penyampaian hadiah di akhir majlis itu nanti.

    Sebanyak 13 acara yang akan dipertandingkan dalam perlumbaan nanti.

    Dalam perbincangan ini banyak menyentuh mengenai perihal teknikal perlumbaan dan juga pembaikan acara perlumbaan bot laju sekali gus menyemak semula peraturan-peraturan bagi acara yang dipertandingkan.

    Menurut jurucakap, pihak jawatankuasa tertinggi dan penganjur menjemput orang ramai untuk datang menyaksikan perlumbaan dan memeriahkan suasana Pantai Serasa nanti.

    Antara ahli jawatankuasa Bot Laju yang hadir dalam majlis sidang itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda