Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlumbaan Tour of Spain dipendekkan

    MADIRD, 30 APRIL – Perlumbaan Vuelta tahun ini akan bermula di negeri Basque selepas membatalkan rancangan untuk memulakan perlumbaan di Belanda, salah sebuah penganjur Grand Tours berbasikal mengumumkan kelmarin.

    Vuelta, atau Tour of Spain, yang dijadualkan bermula pada 14 Ogos di Utrecht dan berakhir pada 6 September di Madrid tetapi perlumbaan telah ditunda kepada tarikh yang belum diumumkan kerana pandemik koronavirus.

    Ia kini akan dimulakan di Irun, Sepanyol, dan termasuk 18 peringkat, kurang tiga peringkat daripada jadual asal selepas tiada pusingan di Belanda.

    Kenyataan dari penganjur perlumbaan berkata bahawa keputusan ini adalah ‘untuk tidak menggantikan tiga peringkat pertama, yang akan meliputi wilayah Utrecht dan Utara Brabant sebelum memulakan pusingan Sepanyol dalam peringkat Irun-Alto de Arrasate (di Eibar). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda