Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlunya kemudahan proses ikan

    LODWAR – Empat dekad yang lalu, James Okoth meraih pendapatan dengan menangkap ikan di daerah utara Kenya, Marsabit, yang dianggapnya sebagai rumah kedua.

    Walaupun pulangannya amat rendah daripada usahanya itu, seperti nelayan yang lain, Okoth bergelut untuk memenuhi keperluannya.

    Bapa kepada enam orang anak itu perlu mempertimbangkan bayaran harga minyak gas, penyelenggaraan alat menangkap ikan dan gaji para pekerjanya.

    “Kos untuk menyelenggarakan bot dan membaiki jaring serta membayar gaji pekerja memerlukan sejumlah besar keuntungan daripada hasil tangkapan,” kata Okoth.

    Beliau telah meninggalkan kampung halamannya di barat Kenya iaitu daerah Siaya untuk menubuhkan perniagaan menangkap ikan di pantai Loiyangalani di daerah Marsabut dengan harapan mengubah nasib keluarganya.

    Salah seorang nelayan berharap mempunyai kemudahan penyimpanan untuk stok ikan-ikan mereka. – Agensi

    Para nelayan berpendapatan rendah disebabkan kekurangan kemudahan dan teknik dengan kebanyakannya masih bergantung pada garam, rokok dan matahari untuk mengekalkan hasil tangkapan.

    Tasik Turkana merupakan tasik terbesar di Kenya, oleh sebab terpencil, air yang mengalir dari Marsabit dan Turkana masih belum digunakan sepenuhnya..

    Stok ikan di tasik Victoria dan Naivasha masih kekurangan ditambah lagi dengan selera meningkat gemar makan ikan penduduk Kenya dan membuatkan permintaan ikan semakin bertambah.

    Walaupun permintaan meningkat, pelbagai faktor telah menyebabkan penangkapan ikan di Tasik Turkana itu satu perusahaan yang merugikan.

    Beliau berkata, kebanyakan pemancing di kawasan itu berskala kecil dan membuat perdagangan mereka dengan jaring buatan tangan di atas rakit yang diperbuat daripada pokok palma dan botol plastik kosong sebagai pelampung.

    “Kekurangan peralatan untuk menangkap ikan dan kemudahan pen-yimpanan merupakan faktor halangan utama untuk perniagaan kami. Kami memang sukar untuk memperolehi pendapatan yang baik,” kata Okoth.

    Gudang-gudang ikan di Loiyangalani mempunyai beberapa bungkusan ikan kering untuk penghantaran ke Kisumu, Bumala dan Busia, iaitu bandar yang terletak di pinggir tasik Victoria.

    Peter Ouma, seorang peniaga ikan dalam tiga tahun kebelakangan ini, mengatakan tiga buah lori yang penuh dengan ikan akan meninggalkan bandar ini setiap minggu untuk dijual ke pasaran.

    “Ikan yang berkurangan di tasik Victoria memaksa saya untuk datang ke sini dan membuat perniagaan ikan,” kata Ouma.

    Pelancaran dalam pembinaan kilang ikan oleh Gabenor Daerah Marsabit, Mohamud Ali telah membawa harapan kepada ratusan nelayan di kawasan utara Kenya.

    Ali mengatakan projek itu akan dijangkakan beroperasi pada tahun akan datang dengan harga pentadbirannya sebanyak AS$2 juta.

    “Kilang itu akan memudahkan para petani untuk memproses ikan mereka kepada filet yang akan dibungkus dan dihantar ke pasaran di selatan.

    “Para nelayan di sini sering memancing tetapi kekurangan kemudahan penyimpanan atau kilang memproses untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

    Beliau juga mengatakan pentadbirannya untuk memujuk menaik taraf landasan Loiyangalani dan penyiapan jalan yang menghubungkan bandar ke Isiolo-Marsabir adalah sebagai usaha untuk membuka pasar ikan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda