Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlunya pengurusan pelbagai disiplin

    Para peserta kongres memberikan tumpuan kepada pembentangan mengenai pengesanan kawasan-kawasan berisiko kejadian kebakaran hutan dan belukar di Negara Brunei Darussalam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Kawasan kejadian hutan dan belukar terbakar mencatatkan peningkatan dan oleh itu, perlu ada pendekatan pengurusan pelbagai disiplin bersepadu untuk mengawal kejadian hutan dan belukar terbakar di Negara Brunei Darussalam.

    Ulasan itu dibuat oleh Penolong Profesor Jabatan Geografi Pembangunan dan Pengajian Alam Sekitar, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Dr. Mohd Shafi Noor Islam ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Detecting Forest and Bush Fire Risk Areas in Brunei Darussalam: Case Analysis on Brunei Muara and Belait Districts semasa Sesi Pembentangan di Kongres Ukur Asia Tenggara (SEASC) ke-14 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Beliau turut menyatakan bahawa faktor-faktor semula jadi dan kegiatan-kegiatan manusia merupakan antara penyebab utama kejadian kebakaran hutan di Brunei di mana kejadian kebakaran hutan memberi kesan kepada ekonomi termasuk kehilangan sumber asli berharga, harta benda, sumber pencarian penduduk setempat serta juga mampu menyebabkan kehilangan habitat kehidupan liar.

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

     

    Home

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda