GENEVA, 18 JUN – Permafros di kawasan pergunungan Alps Switzerland kini berada pada tahap paling panas sejak rekod dicatatkan, menurut Akademi Sains Switzerland kelmarin.
Permafros ialah lapisan tanah bawah permukaan yang kekal membeku pada suhu beku atau lebih rendah selama dua tahun atau lebih.
Apabila ia mencair satu fenomena yang kini berlaku dengan kadar yang semakin meningkat akibat pemanasan global boleh menyebabkan runtuhan batu atau tanah.
Pakar percaya perkara itu berkemungkinan menjadi punca kemusnahan kampung Blatten bulan lalu, apabila runtuhan batu di atas glasier Birch di Switzerland menambah bebanan berat dan menyebabkan glasier itu runtuh ke dalam lembah Lotschental secara mendadak.
Menurut kajian baharu oleh Akademi Sains Switzerland (SCNAT), permafros di pergunungan Alp Switzerland mencatatkan suhu tertinggi sepanjang tahun hidrologi 2024, yang bermula pada 1 Oktober 2023 hingga 30 September.
“Dalam tempoh 10 tahun lalu (2014-2025), suhu permafros umumnya meningkat di 23 lokasi kajian, dengan perubahan melebihi 0.8 darjah Celsius pada kedalaman 10 meter, sekali gus mencatat rekod suhu baharu pada tahun 2024,” kata SCNAT. – AFP
