Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permainan menarik meriahkan Hari Terbuka

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 APRIL – Suasana sekitar Kelab Panaga hari ini disambut meriah dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan menarik yang dipersembahkan oleh ahli kelab masing-masing sempena Hari Terbuka kelab itu.

    Hari Terbuka berkenaan bertujuan memperkenalkan kemudahan yang tersedia di Kelab Panaga selain mempamerkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang diadakan untuk ahli kelab mereka.

    Menurut Pengurus Projek dan Acara Kelab Panaga, Dayang Norhafizah binti Abdullah, Hari Terbuka bukan sahaja untuk mempamerkan kegiatan kelab, tetapi juga bagi mempromosikan keahlian baharu.

    “Orang ramai dialu-alukan untuk hadir hari ini dan melihat sendiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan secara berkala di Kelab Panaga. Kami juga menawarkan promosi menarik seperti pengecualian yuran pendaftaran dan pemprosesan, serta keahlian percuma untuk bulan pertama bagi yang mendaftar hari ini,” katanya.

    Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pada Hari Terbuka termasuk demonstrasi golf di padang golf kelab berkenaan, bengkel pickleball di dewan serba guna, serta aktiviti berkayak dan belayar di kawasan pantai yang indah. Selain itu, beberapa vendor jemputan turut membuka gerai di padang bola berhampiran, menjual makanan dan minuman serta menyediakan permainan seperti laser tag dan bouncer untuk kanak-kanak.

    Dayang Norhafizah berkata sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan, dengan ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan serta aktiviti yang ditawarkan Kelab Panaga.

    “Kami juga menerima pendaftaran ahli baharu kerana keahlian membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk semua peringkat umur,” katanya.

    Salah satu aktiviti yang diadakan sepanjang acara berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara aktivti yang diadakan semasa acara Hari Terbuka tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda