Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Acara Permainan Papan Edisi ke-8 yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini di Pusat Membeli-belah Times Square telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Acara anjuran pihak pengurusan Times Square itu mengetengahkan pelbagai permainan papan seperti Scrabbles, Monopoly, Jenga, Snakes and Ladders dan banyak lagi.