Oleh Haziman Yussop
Age of Wonders: Planetfall merupakan permainan video strategi yang cipta oleh Triumph Studios dan diterbitkan oleh Paradox Interactive.
Permainan ini merupakan siri yang ke-5 dengan memaparkan suasana fiksyen sains. Ia akan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, Playstation 4 dan Xbox One pada bulan Ogos ini.
Jalan cerita
Bencana alam yang tidak diketahui telah membawa kepada kematian dalam persatuan Star Union, iaitu antara galaksi kerajaan manusia. Perbezaan puak-puak telah meningkat dan peperangan penaklukan untuk mengukir masa hadapan baharu untuk manusia. Ketika dalam proses itu, misteri kosmik di belakang Union telah musnah.
Cara bermain
Permainan video ini memaparkan enam persatuan yang berbeza, dengan unit-unit dan cara permainan yang berbeza. Contohnya, persatuan Amazon mempunyai semua ahli manusia wanita dengan menggunakan dinosaur sebagai pengangkutan mereka dan senjata mereka. Manakala persatuan Kir’ko merupakan spesies serangga yang menggunakan perlawanan secara jarak dekat sebagai senjata utama. Pemain yang mengawal salah satu komander dalam persatuan itu yang direka sendiri boleh menjelajahi mana-mana planet, bersemuka dengan pihak diplomat, aktiviti-aktiviti pemantauan atau pun memulakan peperangan.
Peta dunia yang telah direka untuk permainan ini dibahagikan kepada beberapa sektor dan setiap sektor mempunyai dua komuniti yang berbeza di mana ia boleh diambil untuk tanaman, makanan, kajian dan tenaga. Pemain perlu mencari kawasan dan memperluaskannya mengikut peringkat-peringkat. Jika kuasa pemain semakin meningkat, pemain boleh mengawal lebih banyak bandar-bandar dan setiapnya boleh diuruskan secara berasingan.



Pemain juga boleh mengumpulkan bahan-bahan yang ditunjukkan di dalam peta untuk penyelidikan dan memasuki khemah lawan dengan merampas alat teknolgi mereka. Dalam peta tersebut, pemain akan bertemu dengan persatuan yang biasa. Pemain boleh bekerjasama dengan mereka dan membantu dalam perlawanan sokongan.
Permainan video ini juga memperkenalkan teknologi Doomsday, iaitu teknik di mana pemain boleh membuka kunci untuk senjata rahsia dalam pemusnahan yang drastik. Pemain juga boleh membina armada kapal tentera laut dan pesawat terbang khas untuk meningkatkan lagi kekuatan ketenteraan.
Lebih menarik lagi, pemain boleh mengawal pelbagai unit-unit ketenteraan dan membawa mereka ke posisi dalam zon peperangan serta mengarah mereka untuk berlindung, menembak atau menggunakan teknik seperti memantau mengikut giliran masing-masing.
Pemain juga boleh mengejutkan musuh di mana kuasa dan senjata musuh dan mengurangkan markah mereka. Selepas itu, satu mesin baharu yang dinamakan sebagai senjata geselan akan dikenalkan, iaitu setiap tembakan akan menghancurkan setengah dari kawasan tersebut. Manakala unit tentera akan dinaik tarafkan dengan pelbagai mod dan peralatan yang berbeza dengan harapan mereka dapat meningkatkan kekuatan pertempuran mereka.
Perkembangan
Perkembangan permainan video ini bermula pada pertengahan tahun 2015. Ia membuang suasana khayalan pada siri terbaharu Age of Wonders dengan mengubahnya kepada suasana fiksyen sains kerana kumpulan Studio ingin membuat tema dan idea-idea yang baharu yang hanya sering menumpukan kepada ciptaan permainan video berkonsepkan khayalan sahaja sejak Age of Wonders yang pertama.
Idea-idea baharu itu diinspirasikan oleh Paradox Development Studios’ Grand Strategy Games. Kawasan peperangan telah dibuat dengan lebih sulit dan sukar. Ahli-ahli kumpulan telah menerima maklum balas mengenai Age of Wonders III dan telah membuat pelbagai peningkatan untuk permainan video yang seterusnya. Contohnya menyediakan pelbagai cara permainan untuk pilihan para pemain.
Ahli kumpulan juga mencuba membuat persatuan-persatuan dalam permainan video itu dengan unik dengan memberikan faedah-faedah dan paparan terbaharu dan menarik.
Triumph Studio mengakui dalam membuat konsep baharu untuk permainan video ini sangat mencabar sehingga mereka menyelesaikan konsep untuk Star Union dengan menghubungkan kesemua persatuan dan unit bersama untuk berkongsikan ketamadunan.
Permainan video Star Wars, Fallout dan Hyperion merupakan sumber ilham untuk kumpulan itu dalam membina teknik dan ilmu pengetahuan permainan ini.