Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permaisuri Britain, Camilla kembali bertugas selepas pulih daripada jangkitan dada

    LONDON, 13 NOV – Permaisuri Camilla dijangka kembali menjalankan tugas awam kelmarin selepas terpaksa berehat daripada menghadiri acara hujung minggu bagi memperingati wira negara yang gugur, berikutan proses pemulihannya daripada jangkitan dada.

    Camilla, 77, dijadualkan menghadiri majlis resepsi untuk finalis Hadiah Booker bagi penulisan fiksyen, namun Baginda akan meluangkan masa yang lebih singkat bersama para tetamu berbanding jadual asal.

    Baginda juga dijangka menghadiri satu lagi majlis resepsi untuk industri televisyen dan filem, tetapi akan memendekkan masa kehadirannya di acara tersebut.

    Bagaimanapun, Baginda terpaksa menarik diri daripada menghadiri tayangan perdana filem ‘Gladiator II hari ini, setelah menerima nasihat doktor agar lebih fokus kepada pemulihan kesihatannya.

    Sebelum ini, isteri Raja Charles III itu telah dinasihatkan untuk tidak menyertai ahli keluarga diraja yang lain dalam acara ‘Festival of Remembrance’ pada Sabtu di Royal Albert Hall, London, serta upacara Remembrance Sunday di tugu peringatan Cenotaph – sebuah acara penting bagi keluarga diraja Britain.

    Acara tahunan itu diadakan setiap tahun pada hujung minggu sebelum Hari Gencatan Senjata untuk memperingati mereka yang terkorban ketika berkhidmat untuk Britain dalam perang dunia dan konflik-konflik lain. – AP

    Permaisuri Camilla ketika menghadiri majlis di perkampungan Moata di ibu kota Samoa, Apia, pada 24 Oktober. – AP

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda