Thursday, January 9, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permata Hijau julang piala kejohanan

    Oleh Fadley Faisal –

    TEMBURONG, 1 DIS – Pasukan Permata Hijau berjaya menjulang piala kejuaraan kejohanan bola sepak tujuh orang sepasukan kategori veteran 50 tahun ke atas apabila menewaskan pasukan PSJD A 3-2 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 0 – 0 dalam sepenuh masa pelawanan.

    Kejohanan anjuran Persatuan Lun Bawang Murut Brunei (PLBMB) bersempena Irau Tupeh Padey 2024 itu diadakan di Padang Kompleks Sukan Temburong.

    Tempat ketiga pula disandang bersama oleh Mumtaz dan TJ FT. Sementara itu, anugerah pemain terbaik kejohanan dimenangi oleh Panatui Abdul Wahab dari Permata Hijau.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Hasan Baha bin Haji Umar.

    Kejohanan yang julung kali diadakan itu menyaksikan enam pasukan tempatan dan satu pasukan jemputan dari Sarawak bertanding untuk merebut piala kejohanan. Antara objektif kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pembangunan sukan bola sepak di Brunei Darussalam, meningkatkan semangat kesukanan dan memupuk hubungan silaturahim di antara para pemain.

    Pasukan Permata Hijau bergambar ramai selepas memenangi kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PLBMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda