Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permintaan ‘padam dari Google’ ditolak

    TOKYO, 2 Feb – Mahkamah Tinggi Jepun telah menolak permintaan seorang lelaki bahawa keputusan carian mengenai penahanannya atas dakwaan seks dipadamkan dari Google, dengan alasan berbuat demikian akan mencabul kebebasan bersuara.

    Media Jepun berkata ia adalah keputusan pertama oleh mahkamah tinggi negara yang membabitkan “hak untuk dilupakan” berhubung dengan carian Internet.

    “Pemotongan (rujukan kepada dakwaan) boleh dibenarkan hanya apabila nilai perlindungan privasi jelasnya mengatasi pendedahan maklumat,” kata mahkamah dalam satu kenyataan yang disiar di laman webnya.

    Keputusan pada Selasa keluar selepas Mahkamah Daerah Saitama, utara Tokyo, pada Disember 2015 mendukung satu injunksi sementara ke atas Google mengarahnya supaya memadamkan keputusan penggeledahan mengenai seorang lelaki yang disabit bersalah atas dakwaan berkaitan dengan pelacuran kanak-kanak dan pornografi.

    Mahkamah Tinggi Tokyo pada Julai lalu telah mengubah keputusan mahkamah rendah, berkata tidak ada hak perlindungan sedemikian.

    Sementara mahkamah tinggi menetapkan syarat ketat untuk membenarkan rujukan tertentu dipadamkan, tetapi tidak menyebut “hak untuk dilupakan” yang diiktiraf pada 2016 dalam peraturan EU yang dipertingkatkan mengenai perlindungan data Internet. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda