Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan bagi sijil pilihan raya presiden S’pura dibuka esok

    SINGAPURA, 31 Mei – Permohonan bagi sijil pilihan raya presiden 2017 akan dibuka pada 1 Jun, Channel NewsAsia melaporkan dengan memetik Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD) hari ini.

    Laporan itu berkata permohonan akan ditutup lima hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan pada Ogos menjelang pilihan raya pada September.

    Pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan sebelum hari penamaan calon, menurut laporan.

    Menurut laporan itu lagi, borang permohonan calon yang berjaya akan dimaklumkan kepada umum selepas prosiding pencalonan ditutup selaras dengan syor-syor Suruhanjaya Perlembagaan.

    Oleh kerana pilihan raya presiden tahun ini dikhaskan untuk calon Melayu, bakal calon perlu memohon kepada Jawatankuasa Komuniti bagi memperoleh sijil perakuan komuniti Melayu.

    Jawatankuasa kecil Komuniti Melayu, dipengerusikan oleh bekas ahli parlimen yang dicalonkan, Imram Mohamed, kemudian akan menilai permohonan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda