Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan baharu belum dapat diterima

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Jabatan Kemajuan Perumahan pada masa ini belum dapat menerima permohonan-permohonan baharu bagi Skim Pemberian Tanah Kurnia.

    Walau bagaimanapun permohonan yang sudah dibenarkan dan masih menunggu di bawah skim berkenaan, sebanyak 179 permohonan, akan diteruskan.

    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji
    Abdul Rashid mengongsikan perkara itu bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman sama ada
    skim berkenaan masih berjalan dan adakah dikenal pasti kawasan-kawasan baharu bagi skim tersebut dilaksanakan.

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan seterusnya berkata, menjadi hasrat Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan untuk memenuhi permohonan yang masih menunggu berkenaan.

    Jabatan Kemajuan Perumahan juga sedang membuat perancangan untuk melaksanakan permohonan yang telah diberikan kelulusan tersebut, ujarnya lagi.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi semasa permesyuaratan MMN di Dewan Majlis, kelmarin.- Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda