JERMAN, 1 JUN – Permohonan pemain tengah bagi skuad Bayern Munich, Malik Tillman untuk berpindah dari Jerman ke Amerika Syarikat (AS) telah diluluskan, menurut FIFA kelmarin.
Tillman, berusia 20 tahun, dilahirkan di Jerman dan mempunyai kedua ibu bapa di mana, bapanya adalah seorang tentera AS dan ibunya berasal dari Jerman. Tillman telah beraksi untuk pasukan bawah 15 tahun AS pada tahun 2016 dan pernah bermain untuk pasukan Jerman beberapa kali bagi peringkat belia.
Selain itu, pemain tengah Bayern tersebut telah membuat penampilan sulung pertamanya dengan pasukan Bayern Munich pada 14 Disember dan bermain dalam empat liga bola sepak, dua kali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-juara dan sekali dalam kejohanan Piala Jerman pada musim ini.
Sementara itu, jurulatih AS, Gregg Berhalter pernah berkata sebelum Tillman memutuskan untuk memohon perpindahan tersebut bahawa dia adalah seorang pemain yang berkebolehan.
“Dia memiliki kebolehan untuk menjaringkan gol, tenang semasa melakukan tendangan penalti, mempunyai teknik pengawalan bola yang bagus, seorang pemain yang sangat menarik,” tambahnya. – AP
