Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Muhyiddin batal empat pertuduhan

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Julai untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membatalkan empat pertuduhan mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes tersebut hari ini, yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib manakala peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, mewakili Muhyiddin.

    Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan kes yang dihadapinya, 26 Mei.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda