Permohonan perlindungan EASO semakin meningkat

BRUSSELS, 26 FEB – Permohonan tempat perlindungan meningkat di Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2019 yang telah ditunjukkan hari ini, satu peningkatan dramatik bagi penduduk Venezuela yang mencari tempat perlindungan akibat krisis politik dan ekonomi.

Lebih 714,000 permohonan telah diterima, di mana Pejabat Sokongan Perlindungan Eropah (EASO) berkata, peningkatan 13 peratus dicatatkan berbanding tahun lalu dan meningkat buat pertama kali sejak tahun 2015.

EASO berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh aplikasi dari negara-negara yang mempunyai akses tanpa memerlukan visa ke Schengen EU dan bukannya pendatang seperti kemasukan bot di laut Mediterranean dan Aegean yang dilihat semasa krisis migrasi Eropah pada 2015 dan 2016.

Tiga negara dengan jumlah tertinggi adalah pendatang dari Syria dengan 72,000, Afghanistan dengan 60,000 dan Venezuela 45,000 orang.

“Peningkatan itu adalah daripada pemohon yang dikecualikan tanpa memerlukan visa semasa memasuki kawasan Schengen,” kata EASO.

Pejabat itu berkata, ini menjelaskan mengapa aplikasi itu semakin meningkat tetapi pengesanan ‘kemasukan secara haram’ semakin berkurangan. – AFP