Tuesday, March 4, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka

    KUALA LUMPUR, 3 MAC – Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), dibuka bermula hari ini.

    Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan melalui AFAFIST, pengendali berlesen yang berkelayakan berpeluang menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

    Kenyataan itu memaklumkan operasi di bawah perjanjian AFAFIST merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN dan mencerminkan komitmen negara ASEAN bagi mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.

    “Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN, seterusnya menjadikan rantau ASEAN lebih kompetitif di peringkat global,” menurut kenyataan APAD itu.

    “Sehubungan itu, APAD ingin menggalakkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan rentas sempadan bagi kenderaan barangan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik di antara negara ASEAN,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Operasi di bawah perjanjian AFAFIST merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN dan mencerminkan komitmen negara ASEAN bagi mengukuhkan integrasi ekonomi serantau. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda