Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan petak gerai perayaan dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Permohonan bagi mendapatkan petak gerai perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun bagi Daerah Brunei dan Muara, kini dibuka kepada orang ramai.

    Terdapat empat lokasi bagi petak gerai perayaan pada tahun ini, iaitu kawasan lapang letak kereta, Jalan Bendahara, Jalan Pemancha, sebahagian Jalan Pretty dan sebahagian Jalan Elizabeth II.

    Waktu gerai mula beroperasi adalah pada 15 hingga 31 Julai dari pukul 5 petang hingga 10 malam.

    Borang permohonan boleh didapati di No 13, Simpang 271, Jalan Pasir Berakas, Kampung Lambak bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan dibuka sehingga 3 Julai 2022.

    Orang ramai juga boleh menghubungi Riza Fudhlana Enterprise & Trading Co untuk mendapatkan borang berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda