Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Program Geran Kecil berakhir 9 Mei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah membuat pengumuman mengenai Program Geran Kecil bagi melaksanakan inisiatif inovatif yang menyokong keutamaan kerajaan AS.

    Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini, bahawa geran tersebut boleh membiayai projek kecil sehingga AS$30,000 dan tarikh akhir penyerahan cadangan ialah pada 9 Mei.

    Kedutaan menggalakkan individu dan organisasi yang berminat untuk mengemukakan cadangan mengenai salah satu tema keutamaan seperti alam sekitar, pendidikan sivik, pembangunan masyarakat sivil, budaya dan seni, kewartawanan, keusahawanan dan pemulihan COVID. Organisasi bukan mengaut untung dan bukan kerajaan juga adalah turut digalakkan untuk memohon program tersebut.

    Oleh itu, kepada pemohon yang berminat mesti mengemukakan permintaan untuk borang bantuan persekutuan, yang boleh diperoleh dari laman sesawang Kedutaan AS, bn.usembassy.gov dan dokumen cadangan geran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda