Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan SBPP mula dibukakan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Permohonan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi sesi akademik 2025/2026 akan dibukakan bermula 21 Januari, pukul 8:30 pagi dan akan ditutup pada 25 Februari, jam 4 petang.

    Menurut kenyataan Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan, hari ini, pemohon yang berminat dikehendaki untuk memohon sekurang-sekurangnya satu program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri melalui permohonan dalam talian Sistem Kemasukan Berpusat Pengajian Tinggi (HECAS).

    Pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan borang permohonan (softcopy) yang telah lengkap diisikan berserta dokumen berkaitan melalui e-mel, sbpp@moe.gov.bn di samping menghadapkan salinan fizikal (hardcopy) dokumen yang berkaitan termasuk borang permohonan SBPP dan HECAS ke Kaunter 3, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Pusat Perkhidmatan Setempat, Blok C, Aras Bawah, Kementerian Pendidikan sebelum atau tidak lewat dari tarikh tutup permohonan SBPP.

    Permohonan SBPP hanya akan ditawarkan sekali setahun sahaja.

    Pemohon yang belum memperoleh keputusan rasmi adalah dikehendaki untuk menghadapkan keputusan ramalan (predicted results) yang dikeluarkan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan SBPP adalah tertakluk kepada keputusan rasmi yang akan diperoleh nanti.

    Borang permohonan boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di nombor telefon pejabat, 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga pukul 12:15 tengah hari dan pukul 1:30 petang hingga pukul 4:30 petang serta e-mel, sbpp@moe.gov.bn atau scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda