Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim Biasiswa khas AME dibukakan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa memaklumkan kepada orang ramai bahawa permohonan Skim Biasiswa Khas Aircraft Maintenance Engineer (AME) dibukakan bermula 16 Januari sehingga 18 Februari pada jam 3 petang.

    Terma dan syarat bagi skim biasiswa berkenaan boleh dimuat turun dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Sementara itu, bagi sebarang pertanyaan lanjut, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui talian 2380019 pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pada jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau melalui e-mel ke scholarship@moe.gov.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda