Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim Biasiswa Umum, SBPP dibuka Januari 2024

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Kementerian Pendidikan memaklumkan orang ramai bahawa senarai kursus yang ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Luar Negeri (Umum) dan senarai kursus serta terma dan syarat Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi Sesi Akademik 2024/2025 telah dikeluarkan hari ini.

    Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa permohonan bagi kedua-dua skim ini akan dibukakan sekitar Januari 2024 melalui laman web rasmi kementerian.

    Syarat-syarat dan senarai kursus-kursus bagi kedua-dua ini juga boleh dimuat turun dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Oleh itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui talian 2380019 pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau melalui e-mel scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda