Saturday, December 21, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim Biasiswa Umum, SBPP dibuka Januari 2025

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Surat pemberitahuan bersama senarai kursus yang akan ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri (Umum) dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) bagi Sesi Akademik 2025/2026 telah dikeluarkan pada 19 Disember.

    Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan permohonan bagi kedua-dua skim berkenaan akan dibukakan pada sekitar Januari 2025.

    Tatacara permohonan, syarat-syarat dan senarai kursus-kursus bagi kedua-dua skim berkenaan boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut me-ngenai perkara itu, boleh meng-hubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian pejabat, 2380019 iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga pukul 12:15 tengah hari dan dari pukul 1:30 petang hingga pukul 4:30 petang serta e-mel, scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda