Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim BPTV dibukakan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Permohonan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2024/2025 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negara mula dibukakan pada hari ini.

    Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa skim itu disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

    Dengan adanya skim berkenaan, ia akan dapat memberi peluang pelajar lepasan sekolah di peringkat O untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Dalam hubungan itu, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat O yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV.

    Surat Pemberitahuan bilangan 1/2024 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A1) boleh didapati dari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn.

    Borang-borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan tidak lewat pada 2 Mei, pukul 4 petang.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa di talian 2380019 (pejabat) pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, semasa bulan Ramadan dari pukul 8 pagi hingga 2 petang dan selepas bulan Ramadan dari pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan dari pukul 1:30 petang hingga 4:30 petang.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda