Friday, April 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim TVET kini dibukakan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi sesi akademik 2025/2026 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat ‘O’ untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negeri telah dibukakan bermula 10 April, pukul 8:30 pagi hingga 10 Mei, pukul 4 petang.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan bahawa Skim TVET merupakan salah satu projek kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, pihak Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM), Jabatan Perdana Menteri dan pihak Pusat Pekerjaan Brunei (PPB), Jabatan Perdana Menteri.

    Skim itu disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak-anak tempatan.

    Dalam hubungan itu, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’ yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan Skim TVET berkenaan.

    Surat Pemberitahuan bilangan 07/2025 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapatkan dari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn dengan borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan iaitu kepada pihak institusi yang ditetapkan tidak lewat pada 10 Mei, pukul 4 petang.

    Para pemohon berminat yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui talian 2380019 iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga pukul 12:15 tengah hari dan dari pukul 1:30 petang hingga pukul 4:30 petang atau e-mel, scholarship@moe.gov.bn.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda