Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan Skim TVET mula dibukakan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa telah membukakan permohonan bagi Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sesi akademik 2023/2024.

    Permohonan yang bermula hari ini tersebut adalah khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat O yang ingin mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negara.

    Jabatan Pengurusan Biasiswa dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, Skim TVET merupakan salah satu projek kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan pihak Manpower Planning Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri.

    Ia disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menawarkan program yang membawa kepada pekerjaan sambil meningkatkan kelulusan dan kemahiran anak- anak tempatan.

    Sehubungan itu, orang ramai khusus penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat O yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan skim berkenaan.

    Surat Pemberitahuan bilangan 9/2023 dan borang permohonan Skim TVET boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    Borang-borang yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan ke institusi yang ditetapkan tidak lewat 17 Julai pada pukul 4 petang.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 pada waktu bekerja dari 7:45 pagi hingga 12:15 te-ngah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang atau e-mel kepada scholarship@moe.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda