Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan tahan reman pengasas Sugarbook ditolak

    SHAH ALAM, 18 FEB – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

    Peguam yang mewakili lelaki tersebut, Foong Cheng Leong berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

    Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di ibu negara.

    “Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

    Pengasas aplikasi Sugarbook diiringi anggota polis ketika hadir bagi mendapatkan perintah reman di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam. –Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda