Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Pertama Tahun 2026 yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan Januari 2026.
Permohonan ujian tasmie’ akan dibuka mulai 25 Jamadilawal 1447 bersamaan 16 November ini dan dibukakan kepada warganegara serta penduduk tetap sahaja.
Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan yang disediakan di media sosial rasmi urus setia seperti Facebook: Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran, Facebook: Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dan Instagram: PPPQ MABIMS (official).
Tarikh tutup permohonan serta penghantaran borang adalah pada Rabu, 5 Jamadilakhir 1447 bersamaan 26 November 2025.
Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.


