Wednesday, November 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan ujian tasmie’ dibukakan 19 November

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Pertama, Tahun 2024 dijadualkan bermula pada penghujung Januari 2024 yang dibukakan kepada warganegara Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap sahaja.

    Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam
    mengumumkan perkara berkenaan melalui kenyataan kelmarin di mana permohonan dibukakan mulai 19 November ini.

    Permohonan boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di media sosial urus setia seperti Facebook Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran, dan Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam atau Instagram PPPQ MABIMS (rasmi).

    Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang adalah pada 30 November depan.

    Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 atau WhatsApp di talian 7204964.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda