Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Permohonan bagi Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kedua Tahun 2024 akan dibukakan mulai hari 4 Jun ini hingga 13 Jun.
Pusat Pengajian dan Pe-nyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kenyataannya menyatakan, ujian berkenaan bermula pada penghujung Julai nanti yang dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap sahaja.
Permohonan dan penghantaran borang permohonan boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di media sosial urus setia iaitu di Facebook, Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran; Facebook, Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dan Instagram, PPPQ MABIMS (official).
Untuk keterangan lanjut hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.
