Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Permulaan hebat Brunei di SEA EC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Wakil e-sukan Brunei Darussalam membuat permulaan yang hebat pada hari pembukaan pertandingan Player Unknown Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG pada Kejohanan E-Sukan Asia Tenggara (SEA EC) yang berlangsung kelmarin.

    Pasukan tempatan, Auto Too Soon menamatkan hari pembukaan di tempat kedua selepas mengumpul 56 mata, manakala rakan senegara iaitu Buah Gaming berada di tempat keenam dengan 43 mata.

    Kedua-dua pasukan turut dianugerahkan dengan gelaran Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) berikutan kemenangan dalam perlawanan masing-masing.

    Secara individu, pemain Buah Gaming di bawah nama Bear merupakan antara lima fragger teratas dan berjaya meraih di tempat keempat selepas merekodkan sembilan penyingkiran dan 1420 damage points.

    Sebanyak 20 pasukan yang terdiri daripada kelayakan kebangsaan dari 10 negara Asia Tenggara mengambil bahagian dalam acara tersebut. Auto Too Soon telah diundi masuk dalam kumpulan C bersama Orange Esports dari Kemboja, RRQ RYU dari Indonesia dan 4Rivals dari Malaysia, manakala Buah Gaming berada dalam kumpulan D bersama Add Friend dari Laos, Eagle Esport dari Vietnam dan Geek Fam dari Malaysia.

    Pemain Buah Gaming dengan nama ‘Bear’ adalah antara lima fragger teratas dan berjaya meraih di tempat keempat selepas merekodkan sembilan penyingkiran dan 1420 damage points dalam pertandingan. – Gambar serahan PUBG Mobile Malaysia

    Peringkat kumpulan kejohanan itu akan berakhir esok (5 Januari) dengan peringkat akhir atau playoff dijadualkan dari 7 hingga 9 Januari.

    Sebanyak 16 pasukan teratas akan mara ke playoff di mana juara akan ditentukan selepas beberapa lagi siri perlawanan.
    Sementara itu, dalam kategori Valorant, pasukan e-sukan Brunei Darussalam, Goodfellas Gaming telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Boom Esport dari Indonesia, Nine Esports dari Laos dan Kingsmen dari Malaysia.

    Pasukan W Key dari Brunei, Copium dari Singapura, Onic G dari Indonesia dan Cerberus Esports pula berada dalam kumpulan B.

    Peringkat kumpulan bagi kategori Valorant akan bermula 6 Januari pada jam 10 pagi. Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik dan Rekreasi Vietnam (VIRESA) dan syarikat teknologi, VNG Corporation. Pertemuan dalam talian itu berfungsi sebagai persediaan ke arah Sukan Asia Tenggara (SEA) yang akan datang di Vietnam pada bulan Mei.

    Acara e-sukan akan diadakan buat kali kedua selepas penampilan sulungnya semasa edisi sebelumnya di Filipina.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...