MADRID, 9 Mei – Rafael Nadal percaya dia kembali mendapatkan rentaknya kembali selepas memulakan kempen memburu gelaran keenam Terbuka Madrid awal pagi tadi dengan menewaskan pemain remaja Kanada Felix Auger-Aliassime dengan straight set.
Kemenangan itu juga hadir beberapa jam sebelum rakan senegaranya David Ferrer beraksi dalam perlawanan terakhir kariernya, tewas 6-4, 6-1 kepada Alexander Zverev pada kejohanan terakhirnya sebelum bersara.
Nadal menempuhi beberapa minggu yang mencabar apabila tewas mengejut di Monte Carlo dan Barcelona bulan depan sebelum mengalami sakit perut Ahad lalu.
Namun Nadal tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda itu apabila memulakan kempennya dengan kemenangan 6-3, 6-3.
“Ketika ini setiap kejayaan amat bermakna bagi saya kerana ia memberi saya pilihan untuk bermain pada hari berikutnya,” Nadal.
“Dua minggu lalu, kembali bermain bukan satu pilihan untuk memperbaiki diri kerana saya tidak dapat merasainya ketika latihan.
“Kini saya rasa lebih baik dan saya fikir setiap orang memberi saya peluang untuk menjadi lebih baik.” – AFP